Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-mel
Seseorang
Gunakan Nama Penuh
Sekiranya
dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya
nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh
tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur
dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.
Nama Depan Dan Tengah
Contoh:
Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com
iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia
seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang
lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di
khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
Nama Dan Tahun
Contoh:
FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi.
Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak
sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama
seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga
menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.
Nama Samaran
Hehheh...
ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan
seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang
lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan
oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan
gaya yang tersendiri.
Nombor Dan Abjad
Contoh:
wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan
seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu
"membuka" dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu
diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..
Pasted
from <>

Tiada ulasan:
Catat Ulasan