EMPAT
GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA
Seseorang
wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki
bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan
tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA -
AYAHNYA
Apabila
seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA -
SUAMINYA
Apabila sang
suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti
solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh
isterinya.
KETIGA
ABANG-ABANGNYA
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak
abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK
LELAKINYA
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari
Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka
anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan
ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan
tidak silap.
Firman ALLAH
SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA
AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN
BATU-BATU..."
Hai wanita,
kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda
kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T
bersungguh dan dengan ikhlas.
Akhir kalam,
marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh
mana-mana pihak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan