Assalamualaikum
w. k. t
12 Golongan
Umat Bangkit Dari Kubur.
Firman Allah
swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu
hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok."
Adalah
diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina
Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah
yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
"Ya Muaz,
umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11
golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki
syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1. Mereka yang
tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati
jiran tetangga.
2. Mereka yang
menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan
solat lima waktu.
3. Mereka yang
perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan
bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang
keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang
berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang
dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang
keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan
mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang
keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini
adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang
berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang
memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka
yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah
balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11. Meraka
yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai
hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan
mereka minum minuman keras.
Dan satu
golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Mereka
yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana
kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta
mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Muhasabahlah
diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam
golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan