Selasa, 15 November 2011

Sabtu, 12 November 2011


rahsia menambat hati lelaki




Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. 

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. 


Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. 

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. 

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. 

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang�"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. 

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. 

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. 


Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan 
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. 
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya. 
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya. 
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita. 
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya. 
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri. 
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. 
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. 
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.


Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut. 
2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 
3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 
4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka. 
5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. 

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Jumaat, 11 November 2011


tv setelit


Adinda sultan kelantan saman akhbar Malay Mail

 

Adinda Sultan Kelantan saman akhbar kerana cemar nama
11/11/2011 10:55am

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap akhbar Malay Mail dan pencetak akhar tersebut serta dua yang lain.
Tengku Muhammad Fakhry menamakan Malay Mail Sdn. Bhd. dan the New Straits Times Press (M) Bhd. dan Yushaimi Maulud Yahya serta Marhalim Abbas masing--masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
Saman tersebut adalah berhubung artikel Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei tahun lalu yang didakwa mcemarkan nama dan reputasi beliau.
Saman tersebut adalah berhubung artikel Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei tahun lalu yang didakwa mcemarkan nama dan reputasi beliau.
Ayat-ayat yang digunakan dalam artikel tersebut, menurut Tengku Muhammad Fakhry antara lain membawa maksud beliau telah ditahan oleh polis untuk siasatan kes tembakan ke atas Ramli Mohamed. - Utusanrsebut, menurut Tengku Muhammad Fakhry antara lain membawa maksud beliau telah ditahan oleh polis untuk siasatan kes tembakan ke atas Ramli Mohamed. - Utusan

Ahad, 6 November 2011

wanita dari perut lembu



Assalamualaikum w. k. t

12 Golongan Umat Bangkit Dari Kubur.

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

http://club-rm10.blogspot.com
  




Sabtu, 5 November 2011

lembu bergigi manusia

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Kauthar:1-2 bermaksud: ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."

Hari Raya Aidiladha atau dikenali Hari Raya Haji memang amat ditunggu oleh fakir miskin. Bagi mereka sekiranya mahu makan daging segar inilah masanya, kerana ramai orang Islam berkemampuan akan melakukan ibadah korban setahun sekali ini.

Ketika inilah betapa enaknya daging itu dirasai fakir miskin. Amalan ibadah menyembelih binatang korban ini sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta amat dituntut oleh Islam sejajar dengan roh pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang akhirnya menyembelih seekor kibas.

Manfaat sembelihan korban ini bukan hanya kepada fakir miskin sahaja bahkan kepada penternak, penjual atau peraih juga.

Justeru dinasihatkan golongan ini turut melakukan pengorbanan tanpa memikirkan keuntungan sahaja.

Senario di Malaysia setiap kali hari raya korban maka sumber haiwan ini tidak mencukupi dan kadang-kadang terpaksa diimport.

Di kesempatan ini, penulis ingin menyentuh kaedah penyembelihan yang diamalkan di Malaysia.

Penulis pernah ditanya oleh industri sembelihan di Australia ketika membuat audit sembelihan di sana. "Adakah sembelihan di Malaysia menjaga kebajikan haiwan (animal welfare)?".

Soalan ini ada kaitannya dengan kaedah sembelihan korban yang diamalkan di Malaysia. Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu,

''Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya." (Hadis riwayat Muslim)

Adakah ihsan ini diambil kira dalam sembelihan korban? Contohnya lembu ditambat tanpa diberi minum di tengah panas dan hujan sehari semalam, diikat kaki dengan sekuatnya dan diheret di atas tanah serta duduk atas haiwan tersebut ketika sembelih, mengasah pisau di hadapan haiwan, tidak diuraikan tali ikatan selepas sembelih, mencabut bulu-bulu di leher haiwan sebelum sembelih, melapah sebelum sempurna mati, sembelih di hadapan haiwan lain.

Pandangan ulamak semuanya ini adalah makruh dan tiada ihsan ke atas haiwan korban. Adalah malang sunat korban itu dicampurkan dengan perbuatan makruh ketika proses sembelihan korban.

Semestinya amalan sunat korban itu disusuli perbuatan sunat dalam sembelihan. Antara perkara sunat dalam sembelihan korban adalah membaca Basmallah dan Selawat, lelaki yang baligh dan berakal, pisau yang tajam, membaringkan binatang di atas rusuk kiri dengan kepala diangkat sedikit, memutuskan semua urat leher yang tertentu supaya cepat mati tanpa seksa, mengadap kiblat (penyembelih dan haiwan).

Bagi sembelihan korban, disunatkan takbir tiga kali sebelum dan selepas membaca "Basmallah". tidak mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih, tidak menyembelih di hadapan binatang lain, memberi minum binatang sembelihan itu sebelum disembelih. 


Kod etika penyembelih juga perlu diambil kira seperti penyembelih fasiq. Penyembelih juga mesti betulkan niat kerana terdapat penyembelih menyembelih kerana sesuatu seperti hendak ekor, kepala, hati atau sebagainya.

Ini semua memberi kesan keberkatan dan kualiti daging. Sebenarnya, semua kaedah dan permasalahan ini telah diajar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam modul tauliah sembelihan.

Lantaran itu, untuk membetulkan kaedah ini dicadangkan setiap masjid dan surau mengadakan kursus sembelihan kepada ahli kariah supaya semua lapisan masyarakat memahami konsep dan teknik sembelihan serta ihsan.

Islam telah mengajar umatnya supaya berihsan dengan haiwan termasuk adab dan kaedah sembelihan.

Kaedah sembelihan yang betul memberikan gambaran jelas kepada orang bukan Islam bahawa Islam itu sempurna dan lengkap.

Alangkah indahnya amalan sunat korban itu disuburkan dengan semua amalan sunat yang lain dalam sembelihan korban.

Jumaat, 4 November 2011

hantu kambing

             hantu kambing adakah ia wujub mari kita bongkarkan alam misteri yang penuh teka teki 

Khamis, 3 November 2011




03/11/2011 6:24pm
KOTA BHARU 3 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka termasuk Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga sekiranya terlibat sama.
Beliau berkata, penganjuran program tersebut merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseksual.
Malah, Nik Abdul Aziz turut yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program itu tanpa menunggu desakan daripada mana-mana pihak.
"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah kita tidak sokong, tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.
"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang bersandarkan ke atas hak asasi?
"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini. - Utusan


Date: 9 November 2011 (Wednesday)
Time: 9.30pm
Venue: Cathay Cineplex e@Curve


Ahad, 30 Oktober 2011

madah cinta




Jujur dikatakannya jujur, baik dikatakannya baik,
Sehingga diriku lemas, dalam arus percintaan,
Kerana terlalu menyayangi dan mencintainya,
lalu bersemi cinta semusim.

Jangan kau kata ku dusta, kerana tiadamu tiada cinta,
Di hati yang usang merana, kau tiada aku gelita,
Mencari sudah sinar kelana,
di merata alam buana

Diriku ini hanya untukmu, biarpun seribu rintangan menanti,
Biarpun sejuta halangan menunggu,
akan ku tempuhi semua itu bersamamu kasih,
demi abadikan cinta nan suci.

Semenjak berkasih, berbagai dugan,
Gelora cinta diharungi segalanya,
biar ku tunggu di bahtera idaman, buat tangkai di pulau harapan,
kan bersatu buat selamanya.

Kasih dan cintaku padamu tetap utuh walau terkadang,
 badai ombak menerjak masuk,
menjatuhkan aku buat seketika,
namun cintaku tiada berpaling arah demi kasihku.

Aku amat mengasihimu, mendambakan kasih kita,
kukorbankanjiwa dan ragaku, demi panahan arjunamu,
 menahan rindu dan menepis dugaan
 yang datang menghambat cinta suci.


             Sayang,
hanya denganmu, kan kubisa teguk erti lautan kasih rindu,
 dan sayang yang tulus,
pasti rinduku tak terubat selamanya,
setelah kemaruk cinta nan murni yang abadi.

Engkaulah titisan dewa-dewi,
yang membuat anyaman permaidani di istana jiwaku,
 merdu suaramu, bagaikan alunan kidung syurgawi,
mengalir manja ke dalam jiwaku.

Pernah kukatakan dulu,
hidup ini indah walau tanpa cinta, namun aku bisa bahagia.
Kini ku mengerti,
dirimu adalah pelita yang menyinari hidup buat hari mendatang.

Walaupun dirimu kini jauh dariku,
 namun bisikan cintamu sering lewat pada angin malam.
Hidup ini bukan lagi dalam mimpi.
 Kini dirimu kembali ke alam reality.

 Kedamaian jiwa yang kita berdua kecapi hari ini
adalah hasil dari ketulusan nurani kita
dalam melayari bahtera kasih sayang. 
Ku doakan  kita berdua kekal bahagia.

 Saat aku merindukanmu,
kau hadir bersama dambaan kasih.
Kuimbas kembali kenangan cinta kita, bersama memori indah. Alangkah manisnya jika kau disisiku saat ini.



Keunggulan cinta, ketulusan jiwa,
telah lama memukau kalbuku untuk mempesona.
Keharuman wangian kasihmu
telah berkurun lamanya bertakhta di jiwa ini.
Aku cinta padamu.

Pabila hati ini merinduimu,
aku dapat merasakan betapa begitu kuatnya
ombak cintaku ini pada dirimu. Betapa sepinya hidupku,
 umpama pungguk yang rindukan bulan.

Ku coretkan hasrat kepadamu,
 bahawa dikaulah cinta pertama & terakhir buat diri ini.
Satu masa nanti, akan kupaterikan pengakuan ini,
menjadi saksi kasih bersemi.

Izinkan diri ini menghiasi kamar hatimu
dengan wangian cinta yang senantiasa harum semerbak.
 Bunga-bunga cintaku ini sentiasa mekar mengharum,
 buatmu yang jauh di sana.

Buat pertama kalinya aku dapat merasakan betapa
bahagianya hidupku ini dengan hadirnya dirimu di sisiku.
hatiku kembali berbunga kasih.
Cintaku hanyalah buat dirimu.

Andai dirimu mengerti perasaan di hatiku ini..
pasti kau akan menyedari betapi hatiku merinduimu.
Setiap detik kurasakan begitu lama,
dirimu sentiasa ku nantikan.



Kau kesayanganku,
hari-hari yang berlalu tanpa dirimu kurasakan begitu hambar. Datanglah sayang padaku walaupun hanya dalam mimpiku.
Tanpa dirimu, siapalah aku.

Hadirnya dirimu dalam hidupku ini
memberi satu suntikan semangat
untuk aku terus tabah dalam melalui liku-liku hidup.
Takkan aku biarkan dirimu berlalu jauh dariku.

Gejolak yang melanda hatiku ini tak dapat kubendung lagi.
Akanku karang nyanyian lagu rindu,
Akan ku titip bait-bait asmara ini, hanya buatmu…
sayangku takkan berubah.

Dikau yang ku panggil sayang,
masih berlegar di benakku akan kata-kata pujukanmu,
tatkala kita begitu asyik mematri janji setia.
 Akan ku pertahankan cintaku ini.

Biarpun sehingga ke akhir hayat,
akan ku pertahankan sayang dan rinduku ini buat dirimu. Ketahuilah olehmu,
ia tidak akan bermakna tanpa pengorbanan antara kita.

Sayangku,
 kasih sayang yang dikau curahkan buat diriku
akan tetap aku kenang dalam sanubariku.
Tidak akan kubiarkan ia layu,
akan kubajai dengan kejujuran hati.



Apabila diri ini terkenangkan dirimu,
akan kupejamkan mataku ini..
lantas aku membayangkan detik-detik indah
 yang pernah kita ciptakan bersama suatu ketika dulu.

Setiap malam aku merenung ke dada langit,
 kulihat bintang-bintang bergemerlapan di sana.
 Aku bahagia kerana ku tahu saat itu
 bukan hanya kau malah dirimu juga merindui.

Minggu yang indah,
 terlukis tiada mahu terhapus,
menangkap sebuah keceriaan di hatimu,
 menjerat aku untuk berlaku rindu bersamamu,
mengolah ayunan kasih nan abadi.

Kan kupetik awan kelabu, kugapai langit nan biru,
 kan kusematkan di jiwamu, akulah kekasihmu,
meneroka sinar cinta,
mengharapkan kebahagian di jambangan kasihmu.

Hadir cintamu satu anugerah nukilan jiwa nan manis,
 hadirnya pengubat lara,
penyeri asyik di sanubari, berpaut di tangkai hati,
 rimbunan kasih bermekar di hati kita.

Sayang,
 hadirmu membuatkan hariku bersinar kembali,
hati gundah jadi ceria, kabut semalam bertukar hala,
 rona wajah bertukar warna,
mengulit kerinduan sepanjang musim.


Ketahuilah olehmu sayang,
dikau umpama bintang bergemerlapan justeru menambat hatiku. Aku amat mencintaimu,
tak pernah aku menyangka untuk merinduimu sepanjang waktu.

Melarik malamku bersama mimpi indah.
Menentang dingin bersama bintang.
Menghalang angin bersama bayangmu..
 kau kan terus kusemat, dalam sanubariku buat selamanya.

Dengan segala keajaibannya,
engkaulah keindahan yang membuat aku tak mampu lagi memejamkan mata.
Tiap saat,
lintasan bayangsnmu pasti menjelma,
bagai imbasan putera

Akan kurenangi lautan beku, akan kugapai awanan salju,
akan kuredah belantara hulu,
demi menawan cinta di hatimu sayang.
 Akulah seorang pemburu cinta yang setia.

 Dalam kesunyian ini, akan kususul dan kukutip,
bintang-bintang yang jatuh, akan kugilap cahaya suria,
kerana kutahu,
kau pastinya menghargai nilai kasih tulusku.

Biar sejuta wajah yang kutemui,
 namun keikhlasan nalurimu telah merungkai jiwa ini untuk terus menyayangi dirimu seadanya.
 Aku pasti tidak silap dalam meyintaimu.

Malam yang kian sepi,
aku kini sendiri menghitung sejambak kasihmu
bertemankan kerinduan.
Memori indah kita akan kuabadikan selamanya
buat pengikat kasih yang di damba.