03/11/2011 6:24pm
KOTA BHARU 3 Nov. –
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan supaya
mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka termasuk
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga
sekiranya terlibat sama.
Beliau berkata,
penganjuran program tersebut merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama
yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseksual.
Malah, Nik Abdul
Aziz turut yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu
bertindak terhadap penganjuran program itu tanpa menunggu desakan daripada
mana-mana pihak.
"Kita sokong
Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah kita
tidak sokong, tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah
kebebasan bersyarat.
"Jika hak asasi
untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi
untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang bersandarkan
ke atas hak asasi?
"Justeru,
tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang
ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada
pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini. - Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan