Mendapat
hidayah dari Allah merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim
yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga
akhir hayatnya.
Abu Jahal,bapa
saudara nabi s.a.w kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam
kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak nabi Nuh
assalatuassalam.
Biasanya
mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah
dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap
wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang
warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari
Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah.
Suatu ketika
beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti
berikut:
Lelaki: Wahai
Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan
dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi
petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang.
Ibrahim:
Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan
mendapat keselamatan didunia dan akhirat. Pertama,manakala kamu melakukan
maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah.
Lelaki:Seluruh
penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat dan juga dilaut,dilembah
dan juga digunung semuanya merupakan rezeki Allah,kalau begitu darimana aku mau
mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?..
Ibrahim: Wahai
saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka
kepadanya?.Kedua,apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami
dimana-mana tempat kepunyaan Allah.
Lelaki:Abu
Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini
kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku tinggal? Ibrahim: Tentu
tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu
menderhakainya. Ketiga,andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu
lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidask melihat apa yang kamu lakukan.
Lelaki:Mana
mungkin aku berbuat demikian padahal Allah maha melihat ,maha mengetahui segala
rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah lalai,leka,mengantuk dan
tidur.
Ibrahim:
Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi
segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang berlaku dan akan
berlaku. Keempat,Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut
nyawa kamu katakan kepadanya" tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu
sebelum mati".
Lelaki: Ini
suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan.
Ibrahim:Kamu
sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Mauttentu dia
akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat
bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat.
Lelaki:Semasa
hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai
tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah lagi ssesudah mati.
Ibrahim: Kamu
tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan
nafsumu dari mendorong kepada maksiat. Keenam,Manakala kamu berada didepan
Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk keneraka kerana kamu berbuat
maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak
bersedia masuk ke nerakaMU".
Lelaki:
Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya enam perkara ini sangat berat bagiku
melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiaku juga merasa lega kerana
memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan
mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan